Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.rus.kan] | ملوروسکن

Definisi : menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.rus.kan] | ملوروسکن

Definisi : menjadikan lurus; menegakkan; membetulkan supaya lurus: Ia mencuba ~ tangannya yg terasa lenguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lurus (adjektif)
1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,

Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan,

Peribahasa

Seperti hendak meluruskan ekor beruk.

Bermaksud :

Sangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARKWRIGHT, SIR RICHARD

Arkwright, Sir Richard (1732–1792) ialah

pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769,

dia telah mendapatkan

paten untuk sebuah mesin

pemintal benang yang

dinamakan kerangka air

kerana alat tersebut

dijalankan oleh kuasa air.

Mesin itu dipusingkan

oleh beberapa set

penggelek yang bergerak

pada kelajuan yang

berlainan untuk menarik

kapas daripada mesin

penyisir dan meluruskan

seratnya. Kemudian, kapas

itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang.

Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh

kerangka air adalah keras, liat dan kasar.

Arkwright dan dua pekilang lain mula membina

kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses

pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik,

peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses

sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan

belajar pada waktu malam untuk menyambung

semula alam persekolahannya yang tercicir.

UMUM 

Kembali ke atas