Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.su.ki]/[me.ma.su/.ki] | مماسوقي

Definisi : 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.su.ki]/[me.ma.su/.ki] | مماسوقي

Definisi : 1 masuk ke dlm sesuatu: Tiada sesiapa pun yg berani ~ gua itu. 2 mengikuti atau mencampuri hal yg dilakukan oleh orang lain; menyertai: ~ peperiksaan; ~ UMNO. 3 mengikuti sesuatu kursus; menjadi pelajar di: Beberapa orang murid dr sekolah itu akan ~ Universiti Kebangsaan pd bulan depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RACUN

Racun ialah sebarang bahan yang boleh

membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada

benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara

menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap

oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali

sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut

toksin.

UMUM 
NORODOM SIHANOUK

Norodom Sihanouk (1922– ) ialah raja

Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada

tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955

untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil

semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan

kepulangannya dari pembuangan negara di China.

Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja

berfungsi sebagai “simbol perpaduan dan

kesinambungan negara”. Baginda hampir tidak

berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi

mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja.

UMUM 
PERCEVAL, SPENCER

Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu-

satunya perdana menteri British yang dibunuh

semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812,

ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia

ditembak oleh John Bellingham. Semasa

dibicarakan, Bellingham merayu dengan

mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika

membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah

dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval

menjadi perdana menteri selama tiga tahun

semasa Perang Napoleon.

UMUM 
ASHDOWN, PADDY

Ashdown, Paddy (1941– ), menjadi pemimpin

pertama Party Liberal Demokrat United Kingdom

yang baru selepas Liberal dan Demokrat Sosial

bergabung pada tahun 1988. Sebelum memasuki

arena politik Ashdown menyertai Pejabat Luar

Negeri pada tahun 1972 dan bekerja di ibu

pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di

Geneva, Switzerland. Pada tahun 1976, dia

menjadi calon parlimen Liberal untuk Yeovil di

Somerset. Dia dipilih menjadi anggota Parlimen

pada tahun 1983 dan menjadi jurucakap Liberal

tentang perdagangan dan industri hingga tahun

1987 apabila dia menjadi jurucakap untuk

pendidikan.

UMUM 
MENCURI

Mencuri adalah suatu jenayah yang ditakrif

secara berbeza-beza oleh undang-undang di

negara yang berlainan. Biasanya jenayah ini

ditakrif sebagai mencuri apabila seseorang

memasuki rumah orang lain atau tempat

perniagaan tanpa kebenaran, dengan niat

melakukan jenayah yang serius.

UMUM 
SHARP, GRANVILLE

Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin

gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada

tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang

memutuskan bahawa hamba yang

memasuki wilayah British adalah bebas secara

automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah

jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di

Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan

kempen menentang kumpulan yang menindas dan

membantu menubuhkan Persatuan Bible British

dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada

tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham,

England.

UMUM 
OGLETHORPE, JAMES EDWARD

Oglethorpe, James Edward (1696 –1785),

orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan

Georgia Amerika. Dia lahir di London dan

mendapat pendidikan di Oxford University. Dia

memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun.

Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722.

Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang

yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan

hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat

membantu mereka dengan menubuhkan sebuah

tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada

tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu

menerima piagam daripada George II bagi tanah

jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah

di antara Sungai Savannah dengan Sungai

Altamaha.

UMUM 
SUNGAI AISNE

Sungai Aisne ialah sungai yang terletak di timur

laut Perancis. Sungai ini bermula dari hutan

Argonne berhampiran Ste. Menehould. Ia mengalir

ke utara dan kemudian ke barat sebelum memasuki

Sungai Oise berhampiran Compiègne. Sungai Aisne

sepanjang kira-kira 290 kilometer. Sampan kecil

dapat mudik di sepanjang sungai ini. Terusan pula

menjadi penghubung Sungai Aisne dengan Sungai

Seine dan Sungai Meuse. Dalam Perang Dunia I, tiga

pertempuran hebat berlaku di lembah Sungai Aisne.

UMUM 
BURUNG REN

Burung ren ialah nama bagi sekumpulan burung

kecil yang lincah yang terdapat di kebanyakan

bahagian dunia. Burung ren amat melindungi

sarangnya. Sesetengah burung ren diketahui

memasuki sarang burung lain yang berhampiran

dan menebuk telur di dalam sarang tersebut.

UMUM 
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI

Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli

akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24

Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun

1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi

guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada

tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga

1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu.

Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan

pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang

sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung

pelajarannya ke Stanford University, California dan

memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang

pendidikan dan sosiologi.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas