Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tui]/[meng.han.tu.i] | مڠهنتوءي

Definisi : 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hantu (kata nama)
1. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,

Kata Terbitan : berhantu, menghantui,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POE, EDGAR ALLAN

Poe, Edgar Allan (1809–1849) adalah salah

seorang penyair Amerika yang terkemuka. Dia juga

adalah penulis cerita pendek dan pengkritik

kesusasteraan. “The Raven” adalah antara sajaknya

yang terkenal di dalam kesusasteraan Amerika dan

sebagai contoh karya yang menghantui kualiti

kebanyakan hasil kerja Poe. Melalui The Murders

in the Rue Morgue dan cerita-cerita pendek lain,

Poe menjadi pengasas kepada cerita misteri dan

detektif fiksyen. The Fall of the House of Usher , The

Masque of the Red Death dan cerita-cerita lain

menjadikan dia pelopor kepada simbolisme,

impresionisme dan seorang yang mempunyai cara

yang tersendiri dalam kesusasteraan moden. The

Poetic Principle, The Marginalia dan ulasannya

mengandungi prinsip-prinsip penting dalam

kritikan kesusasteraan yang mana bersama-sama

dengan puisi dan fiksyennya, ia dapat

mempengaruhi penulis-penulis selepasnya.

UMUM 
TILIK

TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas