Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.lut] | مڽالوت

Definisi : membalut, membungkus, menyam-pul: gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.lut] | مڽالوت

Definisi : memberi bersalut; membalut; membungkus: Dia ~ barang-barang tembaganya dgn kain. ~ pateri melapis logam dll dgn pateri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salut (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pemalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, sepuh, selaput;,
Kata Terbitan : bersalut, menyalut, salutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENYADUR ANOD

Menyadur anod ialah sejenis elektrolisis yang

digunakan untuk menyalut logam dengan lapisan

pelindung oksida. Logam bertindak sebagai anod

(kutub Positif) sel elektrolit. Ion oksida bercas

negatif dialirkan menerusi larutan yang

dinamakan elektrolit, dan mengoksidakan

permukaan logam. Aluminium boleh disadur

anod dalam larutan asid sulfurik. Magnesium

sering disadur anod dalam larutan dikromat.

UMUM 
SIRA

SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan.  Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria.  Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering.  Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis.  Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup.  Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas