Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGNETO

Magneto ialah janakuasa elektrik yang

menyediakan pencucuhan percikan api dalam

sesetengah enjin pembakaran dalaman.

Pencucuhan Magneto digunakan dalam mesin

rumput dan dalam kebanyakan kapal terbang dan

motosikal. Magneto beroperasi berdasarkan dua

prinsip asas: (1) Gerakan konduktor dalam medan

magnet mengeluarkan arus elektrik dalam

konduktor, dan (2) Gangguan mengejut aliran arus

dalam konduktor dapat mencetuskan (menjanakan)

voltan yang tinggi.

UMUM 
PENDIDIKAN GURU

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
PENGAJIAN MELAYU DI AUSTRALIA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI AUSTRALIA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Australia ditubuhkan pada tahun 1956.  Kerajaan Australia telah meminta tiga buah universiti iaitu, University of Sydney, University of Melbourne dan Canberra University College (kini Australian National University) menyediakan pengajaran dalam Pengajian Melayu dan Indonesia.  Kini, terdapat Jabatan Pengajian Melayu dan Indonesia di hampir setiap universiti utama di Australia.  Bahasa Melayu dan Indonesia juga diajar secara meluas di sekolah menengah, malah di sekolah rendah di Australia.

BAHASABahasa
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) ialah badan berkanun dan tabung amanah

yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja 1951. KWSP ditubuhkan pada

1 Oktober 1951 dengan tujuan untuk menyediakan

badan yang menjaga kebajikan sosial ahlinya

melalui Skim Simpanan Wajib.

UMUM 
LEMBANGAN

Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh

sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang

besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di

Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai

Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di

Asia.

Lembangan juga bermaksud kawasan yang

sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.

Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan

airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,

menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini

mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt

di Utah, Amerika Syarikat.

Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam

Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang

disebut di dalam rencana ini.

Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang

besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini

terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai

ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu

daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan

Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana

sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan

bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar

kawasan.

Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira

520 000 kilometer persegi di California,

Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink

(kawasan rendah yang boleh menampung air)

terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang

terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan

Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di

lembangan ini ialah (Death Valley) di California.

Lembangan Besar Artois ialah lembangan

artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini

terletak di dalam sebahagian besar Queensland,

utara New South Wales, dan sudut timur

laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan

kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer

persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan

bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat

Telaga artois .

UMUM 

Kembali ke atas