Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lé.ra.kan] | مڽليراکن

Definisi : memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lé.ra.kan] | مڽليراکن

Definisi : menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMASAK

Memasak ialah menyediakan makanan untuk

dimakan. Memasak menjadikan makanan kelihatan

lebih menyelerakan dan mudah dihadam.

Kebanyakan proses memasak melibatkan

pemanasan makanan. Namun, ada juga makanan

yang tidak perlu dimasak seperti sandwic dan salad.

Ramai orang suka memasak untuk mengisi masa

lapang.

UMUM 

Kembali ke atas