Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.zia.ra.hi] | منزيارهي

Definisi : 1. mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dll): Muhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; 2. melawat: selalu juga kami ~ ibu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.zia.ra.hi] | منزيارهي

Definisi : mengunjungi sesuatu tempat atau mengunjungi seseorang; pergi melawat: Anaknya pergi ~ kawan-kawannya di bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ziarah (kata nama)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kunjung, lawat, tengok, jenguk, jengah;,
Kata Terbitan : berziarah, menziarahi, ziarahan, penziarah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAJI

Haji, bererti menuju atau menziarahi sesuatu tempat.

AGAMAKonsep
TABARIY, ABU JA‘FAR AL-

Tabariy, Abu Ja‘far al- (224 – 310 H./839 – 923

M.), imam dan ulama tafsir. Nama sebenarnya ialah

Abu Ja‘far Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Ghalib.

Dia lahir di Tabaristan dan mula menuntut ilmu

ketika berumur 16 tahun. Dia merantau ke Baghdad

dan menetap di sana selepas menziarahi beberapa

buah negara.

UMUM 
WAN MUTAHIRWAN MUTAHIR (  ?  -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863).  Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832.  Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad,  dari Terengganu.  Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad.  Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya.  Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini.  Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas