| DIANG-DIANGAN | DIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita. | SASTERA | Karya |
| CERITA LISAN | CERITA LISAN, cerita yang dituturkan atau diucapkan juga dikenal sebagai sastera rakyat. Cerita lisan ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Cerita ini lahir dalam masyarakat tertutup yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain sebagai hiburan, fungsi cerita lisan ini adalah memberikan gambaran cara hidup dan kebudayaan masyarakat yang menghasilkannya. Terdapat sarjana yang telah mengkaji corak hidup sesuatu masyarakat hanya berdasarkan cerita lisan. | SASTERA | Konsep |
| SOTONG KURITA BERJALUR BIRU | Sotong kurita berjalur biru biasanya terdapat di sepanjang pantai selatan Australia. Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia. Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi (pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan oleh sotong. | UMUM | |
| MEROKOK | Merokok ialah proses menyedut asap tembakau daripada rokok, cerut atau paip ke dalam mulut dan biasanya ke dalam paru-paru juga, sebelum menghembusnya keluar. Istilah ini biasanya merujuk kepada tabiat menghisap rokok, iaitu cara merokok yang paling biasa. | UMUM | |
| MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
| SKULPIN | Skulpin ialah famili ikan yang mempunyai mulut besar, kepala besar, leper dan badan yang tirus hingga ke sirip ekor. Siripnya mempunyai jejari sirip yang sempurna. Skulpin hidup di banyak bahagian di dunia, terutamanya berhampiran dengan pantai berbatu. Sesetengahnya hidup di bahagian dalam lautan, dan yang lain hidup dalam air tawar di pedalaman. | UMUM | |
| SALUR ALIMENTARI | Salur alimentari ialah tiub panjang yang menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter panjangnya. Haiwan yang memakan daging biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih pendek daripada haiwan yang memakan rumput. Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. | UMUM | |
| ARAHAN | Arahan , dalam undang-undang ialah set kertas kerja yang disediakan oleh peguam cara yang hendak dibawa oleh barrister ke mahkamah untuk merayu sesuatu kes. Istilah ini juga digunakan bagi mana-mana arahan yang diberi oleh klien kepada seorang profesional apabila memberi arahan kepadanya. Di Amerika Syarikat, arahan bagi sesuatu kes undang-undang dibuat secara ringkas. Arahan dikemukakan kepada mahkamah oleh setiap pihak, biasanya dalam kes rayuan. Ia sebagai menggantikan hujah mulut. | UMUM | |
| OAKLEY, ANNIE | Oakley, Annie (1860–1926) ialah penembak tepat Amerika yang terkenal (pakar menggunakan senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo Bill’s Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya termasuk menembak duit syiling yang dipegang oleh suaminya atau menembak rokok di mulut suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter. | UMUM | |
| KUALA | KUALA, mulut sungai atau muara. Di Sumatera, kuala disebut muara. Kuala boleh dirujuk kepada dua jenis tempat, iaitu tempat sungai mengalir ke laut, dan tempat sungai bercantum dengan sungai lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |