Oglethorpe, James Edward (1696 –1785), orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan Georgia Amerika. Dia lahir di London dan mendapat pendidikan di Oxford University. Dia memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun. Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722. Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat membantu mereka dengan menubuhkan sebuah tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu menerima piagam daripada George II bagi tanah jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah di antara Sungai Savannah dengan Sungai Altamaha. |