PERHAMBAAN | Perhambaan merupakan satu amalan manusia yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik yang disebut tuan atau puan membekalkan makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya. Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan pada zaman purba mencapai kemuncaknya di Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman Pertengahan, amalan perhambaan mengalami kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan 1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan secara pesat. Kemerosotan perhambaan disebabkan oleh perubahan moral terhadap perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika Selatan. | UMUM | |
PERGERAKAN PENGHAPUSAN PERHAMBAAN | Pergerakan penghapusan perhambaan ialah aktiviti yang berlaku pada tahun 1700-an dan 1800-an bagi mengakhiri perhambaan. Kebanyakan penggeraknya berlaku di Britain dan Amerika Syarikat tetapi pergerakan antiperhambaan juga berlaku di negara-negara lain. | UMUM | |
PHILLIPS, WENDELL | Phillips, Wendell (1811–1884) ialah pemidato dan reformis Amerika yang terkenal sebagai penyokong kepada penghapusan perhambaan. Dia meninggalkan kerjaya guamannya pada tahun 1837 untuk menyertai kumpulan penghapus yang diketuai oleh William Lloyd Garrison. Phillips berjuang menentang mana-mana individu, institusi, atau undang-undang yang dianggap menghalang penghapusan tersebut. Dia menyokong penghapusan perhambaan walaupun melibatkan risiko perpecahan Kesatuan Amerika. Phillips mengkritik secara serius Pentadbiran Presiden Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika (1861–1865). | UMUM | |
SHARP, GRANVILLE | Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang memutuskan bahawa hamba yang memasuki wilayah British adalah bebas secara automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan kempen menentang kumpulan yang menindas dan membantu menubuhkan Persatuan Bible British dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham, England. | UMUM | |
KEDAULATAN RAKYAT | Kedaulatan rakyat ialah doktrin yang diwujudkan semasa berlakunya perselisihan tentang dasar perhambaan yang menjadi sebahagian daripada sejarah awal Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERANG SAUDARA AMERIKA | Perang Saudara Amerika (1861–1865) ialah satu konflik antara dua bahagian di Amerika Syarikat. Negara di selatan dikenali sebagai Selatan atau Negeri-negeri Gabungan, bertempur untuk mempertahankan perhambaan kaum kulit hitam dan kehidupan yang berasaskan pertanian. Negara di utara pula dikenali sebagai Utara atau Kesatuan, menentang perhambaan yang diamalkan di selatan serta bertujuan memelihara Kesatuan semua negeri di Amerika Syarikat. Perang Saudara Amerika mengorbankan lebih ramai nyawa penduduk Amerika Syarikat berbanding peperangan lain. Peperangan ini juga telah memecahbelahkan penduduk negara itu sehingga berlaku pergaduhan antara sesama saudara dalam sesetengah keluarga. Pertumpahan darah yang dahsyat itu telah menyebabkan kedukaan dan kesengsaraan yang berlarutan sehingga beberapa tahun. Malah sehingga kini, peperangan itu masih lagi tidak berakhir dalam erti kata yang sebenar. | UMUM | |
ALEXANDER II | Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun 1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di Rusia pada tahun 1861. Baginda juga memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil wilayah dan menggalakkan perindustrian. | UMUM | |
CHRISTOPHER, HENRI | Christopher, Henri (1762–1820) ialah raja kulit hitam bagi utara Haiti. Baginda membantu membebaskan negara baginda daripada perhambaan dan pemerintahan Perancis. Apabila perhambaan berakhir, baginda memaksa rakyat supaya terus bekerja. Christopher, Henri (1762–1820) ialah raja kulit hitam bagi utara Haiti. Baginda membantu membebaskan negara baginda daripada perhambaan dan pemerintahan Perancis. Apabila perhambaan berakhir, baginda memaksa rakyat supaya terus bekerja. | UMUM | Umum |
DOUGLASS, FREDERICK | Douglass, Frederick (1818?–1895), jurucakap utama bagi orang kulit hitam Amerika pada tahun 1800-an. Dia lahir sebagai hamba dan dikenali sebagai reformis, pengarang dan pemidato. Dia mengabdikan hidupnya dalam usaha penghapusan amalan perhambaan dan menuntut hak bagi orang kulit hitam. | UMUM | |
BROWN, JOHN | Brown, John (1800–1859) ialah radikal Amerika yang cuba memansuhkan perhambaan. Percubaannya untuk membebaskan hamba telah menyebabkan beberapa orang kehilangan nyawa dan secara tidak langsung menyebabkan meletusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865). | UMUM | |