SHEFFIELD | Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200) ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah England. Bandar raya ini terletak di kawasan berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai sebuah bandar raya perindustrian yang penting, Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri, iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain terkenal pada peringkat antarabangsa. | UMUM | |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
METABOLISME | Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang membolehkan sel menghasilkan bahan dan tenaga yang diperlukan untuk hidup. Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) anabolisme atau metabolisme membina, iaitu sel menggabungkan molekul untuk membentuk bahan organik baru, dan (2) katabolisme atau metabolisme memusnah, iaitu sel menguraikan molekul untuk mendapatkan tenaga dan membebaskan haba. Semua organisma melakukan kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara khusus membincangkan metabolisme manusia, tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan peringkat tinggi. | UMUM | |
NATIVE SCHOOL | NATIVE SCHOOL, sekolah latihan bagi anak-anak ketua anak negeri di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1915. Tujuan sekolah vernakular pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan peringkat rendah, khusus kepada anak-anak ketua anak negeri yang bakal menjadi pentadbir dan penghubung antara pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
WARTA MALAYA | WARTA MALAYA, akhbar harian bertulisan Jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1930. Pada peringkat awal, akhbar ini diterbitkan oleh Anglo-Asiatic Press, di North Bridge Road, Singapura. Mulai 1 Januari 1934, syarikat ini menukar namanya kepada Warta Malaya Press Limited dan pemiliknya masih tetap Syed Hussein Ali al-Sagoff, seorang hartawan berketurunan Arab. Semasa pendudukan Jepun, penerbitan akhbar ini telah diambil alih oleh Jepun dan diterbitkan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Penerbitan |
FELCRA | FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SAINS HAYAT | Sains Hayat‚ ilmu yang mengkaji hidupan secara saintifik dari yang bersel tunggal seperti ameba‚ paramesium (haiwan)‚ rumpair‚ kulat dan bakteria (tumbuhan) hingga kepada hidupan peringkat tinggi seperti vertebrata‚ mamalia dan pokok. 1">Ahli-ahli yang membuat kajia | BIOLOGI | Disiplin Ilmu |
MA'AL HIJRAH | MA’AL HIJRAH, perayaan yang disambut oleh umat Islam sempena memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya ke Yathrib atau yang dikenal sebagai al-Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya). Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun dan mula dijadikan acara rasmi negara pada 1 Muharam 1407 bersamaan 5 September 1986. Perayaan ini disambut pada peringkat pusat dan negeri. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
DARUL ISLAM | DARUL ISLAM, gerakan untuk mendirikan negara Islam secara kekerasan di Indonesia. Gerakan Darul Islam muncul setelah Republik Indonesia Syarikat terbentuk (1950). Gerakan pertama muncul di Jawa Barat (1949-1962), dipimpin oleh S.M. Kartosuwirjo, seorang mahasiswa kedoktoran yang aktif dalam politik dan menyertai Sarekat Islam. Pada tahun 1940, dia mendirikan Institut Suffah di Garut, Jawa Barat. Pada peringkat awal revolusi, dia menjadi pemimpin gerila Hizbullah. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH | DAIRAT AL-MA’ARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Ma’arif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara ‘umumi’ sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian ‘nizami’ diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |