Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BANK

Bank, institusi yang menjalankan perniagaan perbankan. Istilah ini juga<I style="mso-bidi-font-style: normal"> I>merujuk kepada Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA – Banking and Financial Institution Act 1989), Perkara 2(1).

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947.  Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda.  Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda  (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO).  Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO.  Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak.  Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar I> Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939.  <I style="mso-bidi-font-style: normal">Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu I>membicarakan satu segi tatabahasa Melayu.  Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan.  Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu.  Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya.  Perkara-perkara yang dibicarakan ialah:

BAHASAKarya
PENGKOMPUTERAN BAHASA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa.  Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara <I style="mso-bidi-font-style: normal">in situI> ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat.  Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya.  Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik.

BAHASASistem
PERANG KEDAH-SIAM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah.  Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839.  Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala.  Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian.  Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PEREDAR

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.).  Siri <I style="mso-bidi-font-style: normal">PeredarI> bermula dari penerbitan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Buku Tubuh Lembagaan I>dan<I style="mso-bidi-font-style: normal"> Buku Undang-Undang I>serta <I style="mso-bidi-font-style: normal">Buku KelantanI> yang bermula pada tahun 1936.  Selepas itu barulah diterbitkan jurnal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar Angka 2.I>  Penerbitan siri <I style="mso-bidi-font-style: normal">PeredarI> dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D.  Persatuan ini telah dapat menerbitkan <I style="mso-bidi-font-style: normal">PeredarI> sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941.  Dalam siri <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar I>yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi.  Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Peredar I>ini ialah:

BAHASAKarya
CERITA ASAL USUL

CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi.

1">           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas