NEWMAN, PAUL | Newman, Paul (1925– ), pelakon lelaki Amerika, yang menjadi masyhur kerana lakonan aksinya dan kajian perwatakan yang meyakinkan dalam filem. Dia memegang peranan orang asing atau pemberontak dalam banyak filem lakonannya. Newman memenangi Academy Award pada tahun 1986 sebagai pelakon lelaki terbaik kerana lakonannya dalam The Color of Money . | UMUM | |
PLAUTUS | Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi Baru Yunani yang menekankan pemuda yang mencintai hamba perempuannya, kekeliruan identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak membimbangkannya kerana dia hanya menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa. Dia pakar dalam dialog, menulis tentang kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta, dan penganiayaan. | UMUM | |
SI KEBAYAN | SI KEBAYAN, drama komedi dua babak oleh Utuy Tatang Sontani. Ia ditulis di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 1959 dan diterbitkan pada tahun 1961 oleh Bahagian Penerbitan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), Jakarta. Naskhah drama ini ditulis dalam bentuk cerita atau novel, sehingga gambaran pentas, perwatakan dan dialog watak dilukiskan dengan bahasa penceritaan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |