ANGOLA | Angola ialah negara di pantai barat daya Afrika. Nama rasminya ialah Republik Rakyat Angola. Angola meliputi 1 246 700 kilometer persegi. | UMUM | |
PELITA MALAYA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA MALAYA, akhbar harian. Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu. Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946. akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya. ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’. Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah. Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PEMBERONTAKAN BRUNEI | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMBERONTAKAN Brunei, peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien. Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB). PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi. Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PENGAJIAN MELAYU DI CHINA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI cHINA, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di China sudah mencapai hasil yang cukup berkesan pada zaman dahulu, namun semua pengajiannya masih dilakukan secara perseorangan tanpa ada satu pusat pengajian. Pusat pengajian Melayu yang pertama muncul pada tahun 1927 ketika Univesiti Jinan, Shanghai menyelenggarakan Departmen Usaha Kebudayaan Nanyang. Pengajian Melayu merupakan salah satu kursus yang dikendalikan di universiti ini. Pada masa perang menentang Jepun, The South Seas Society yang dipindahkan dari Singapura ke Chongging pada tahun 1942, menjadi pusat pengajian Melayu yang penting. Pada bulan Julai 1949, Jurusan Melayu digabungkan ke dalam Fakulti Bahasa Timur di Universiti Peking dan namanya ditukar kepada Jurusan Bahasa Indonesia. Inilah pusat pengajian Melayu yang pertama selepas tertubuhnya Republik Rakyat China. Kursus ini menitikberatkan bahasa, sastera, kebudayaan dan sejarah Indonesia/Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
UTUSAN MALAYSIA | UTUSAN MALAYSIA, akhbar bertulisan Rumi yang diterbitkan oleh Syarikat Utusan Melayu Press sejak 1 Disember 1967. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan untuk menyebar lebih luas maklumat dan berita kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. | SASTERA | Penerbitan |
CERITA LISAN | CERITA LISAN, cerita yang dituturkan atau diucapkan juga dikenal sebagai sastera rakyat. Cerita lisan ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Cerita ini lahir dalam masyarakat tertutup yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain sebagai hiburan, fungsi cerita lisan ini adalah memberikan gambaran cara hidup dan kebudayaan masyarakat yang menghasilkannya. Terdapat sarjana yang telah mengkaji corak hidup sesuatu masyarakat hanya berdasarkan cerita lisan. 1"> | SASTERA | Konsep |
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK | 1.0pt 0cm" class=MsoNormal>PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966. Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak. Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak. Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam. Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
CERITA LIPUR LARA | CERITA LIPUR LARA, sastera rakyat berbentuk cerita yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi lain melalui bentuk lisan. Cerita lipur lara terkenal sebelum ini sebagai cerita penglipur lara kerana cerita ini dituturkan oleh seorang tukang cerita yang dipanggil penglipur lara. Istilah ini lahir daripada tugas yang dilekatkan kepada pencerita cerita ini kerana diharapkan cerita tersebut akan menghiburkan hati yang duka lara dan menimbulkan kegembiraan. Penglipur lara juga dikenal sebagai Tuk Selampit, Awang Belanga, Tukang Kaba dan sebagainya, mengikut daerah masing-masing dan juga alat bunyian yang digunakan untuk mengiringi penceritaan. 1"> | SASTERA | Konsep |
DATO' SIAMANG GAGAP | DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PANGERAN BENDAHARA | PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca. Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil). Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa. Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32). Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |