ABDOMEN | Abdomen ialah rongga badan di antara toraks (dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang kuat, dikenali sebagai <I>diafram, I>memisahkan abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur yang memisahkan abdomen dari rongga pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati, pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa. Membran nipis yang dikenali sebagai <I>peritoneum I> melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi kebanyakan organ abdomen. | UMUM | |
SELOM | Selom ialah rongga badan yang terdapat pada vertebrata dan invertebrata peringkat lebih tinggi. Organ dalaman yang lembut, seperti hati, ginjal dan perut, terampai dalam selom. | UMUM | |
PERIODONTITIS | Periodontitis ialah penyakit gusi dan tulang yang menyokong gigi dalam rongga masing- masing. Ia juga dikenali sebagai <i> pyorrhoea i> <i> alveolaris i> dan merupakan punca utama gigi tercabut apabila seseorang melebihi usia 35 tahun. | UMUM | |
PUMIS | Pumis ialah sejenis kaca asli berwarna putih kekelabuan yang mempunyai banyak rongga halus. Pumis merupakan bahan melelas, menggosok, dan menggilap yang berharga sama ada dalam bentuk serbuk dan juga sebagai batu pumis. | UMUM | |
PERITONITIS | Peritonitis ialah keradangan <i> peritoneum i> , iaitu membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan asing. | UMUM | |
VOKAL | bunyi bersuara, yang apabila dikeluarkan, menyebabkan udara keluar terus-menerus dari paru-paru menerusi rongga mulut. | BAHASA | Konsep |
EPITELIOMA | Epitelioma ialah sebarang tumor pada <I>epitilium,I> iaitu tisu yang melapisi rongga badan dan meliputi permukaan badan dan organ dalaman. | UMUM | |
TIMUS | Timus ialah satu organ leper berwarna merah samar yang memainkan peranan penting dalam sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di bahagian atas rongga dada di belakang tulang dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di bawah kelenjar tiroid. | UMUM | |
TERSEDU | Tersedu ialah pengambilan udara secara mendadak dan tidak dapat dikawal yang disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut dan mengendur untuk membawa udara masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkannya. | UMUM | |
SOLITAIRE | Solitaire ialah sejenis permainan papan yang berasal dari Perancis. Ia dimainkan oleh seorang pemain sahaja dengan menggunakan pasak atau guli sebagai buah dan sebuah papan kayu khas yang mempunyai lubang atau rongga. | UMUM | |