Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح

Definisi : pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima): rasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~; diterima sbg bukti yg ~; mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan; kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka; ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih; pensahihan perihal mensahihkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح

Definisi : tidak salah lagi; benar; sah. men­sahihkan mengakui sahih. ke­sahihan hal atau keadaan sahih: Tiada sesiapa pun yg dpt menidakkan ~ hadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahih (adjektif)
Bersinonim dengan pasti, benar, sah, diakui, sungguh, tahkik, memang, betul, diterima, terang, nyata, sabit, sudah tetap, terang, tentu, muktamad, asi, isbat, pentan, sidi, absah, sengoti, si, sih, jola;,
Kata Terbitan : kesahihan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METERAI

Meterai ialah alat yang mempunyai reka bentuk

atau huruf untuk teraan (dicap) pada kertas, lilin,

atau logam. Meterai selalunya dicap pada

dokumen rasmi dan penting bagi membuktikan

dokumen itu sahih. Kebanyakan negara di dunia

ini serta banyak bandar, negeri, wilayah, jabatan

penting, serta syarikat perdagangan mempunyai

meterai.

UMUM 
MILLER, ARTHUR

Miller, Arthur (1915– 2005) ialah penulis drama

Amerika yang terkemuka. Hasil karyanya

mencatatkan konflik antara individu dan masyarakat

yang menentukan kod moral individu. Miller

menunjukkan prinsip moral masyarakat sebagai

sahih dalam All My Sons (1947) dan A View from the

Bridge (1955). Tetapi, dalam Death of a Salesman

(1949), The Crucible (1953), Incident at Vichy (1964),

dan The Price (1968), dia menyerlahkan prinsip

moralnya sebagai palsu.

UMUM 
BUKHARIY, ABU ‘ABDULLAH AL-

Bukhariy, Abu ‘Abdullah al- (194–256 H./810–

870 M.), imam, hafiz, dan pengarang kitab al-Jami‘

al-Sahih, yang dikenali juga dengan nama Sahih

al-Bukhariy. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Isma‘il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah, al-Bukhari,

Abu ‘Abdullah.

UMUM 
NUFAYR IBN MALIK

Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama

hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir

Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al-

Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali

Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti

yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan

hadith daripada Abu Bakar (dipercayai

kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu

Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda,

Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith

Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya

Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan

beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan

ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam

semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy .

Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan

hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa

dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak

menerima sesuatu hadith kecuali guru yang

meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan

perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal

dunia pada tahun 75 H.

UMUM 
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY,

Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.–356 H./

897 M.– 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada

abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga

Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy

ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian

berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di

Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim

ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan

seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al-

Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, ‘Ali ibn

Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn

Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Ja‘far, Jahzah dan

beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj

mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk

syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu

keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan

khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga

menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan

cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan

farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai

pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai

seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz.

UMUM 
NASA'IY, ABU 'ABD AL-RAHMAN AL-

Nasa’iy, Abu ‘Abd al-Rahman al- (215–303 H/

830–915 M), salah seorang imam hadith yang

menonjol dan penghafaz hadith yang diyakini

riwayatnya serta sarjana terkenal. Nama sebenarnya

ialah Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad ibn Shu‘ayb ibn

‘Ali al-Khurasaniy al-Nasa’iy al-Kabir, seorang kadi,

imam dan Shaykh al-Islam. Dia menjelajah

beberapa buah negeri dalam usaha mencari ilmu

daripada ulama-ulama seperti di Khurasan, Iraq,

Hijaz, Mesir, Sham, al-Jazirah dan lain-lain. Dia

berpindah ke Qutaybah ketika berumur 15 tahun.

Al-Hakim berkata: “Al-Nasa’iy ialah ulama yang

mempunyai ilmu yang mendalam di Mesir pada

zamannya, dan merupakan yang paling arif di

kalangan ulama mengenai hadith-hadith yang sahih

dan hadith-hadith yang ditolak berserta dengan

perawinya”. Al-Nasa’iy banyak mengarang kitab,

antaranya ialah al-Sunan al-Kubra dalam bidang

hadith; al-Mujtaba, iaitu al-Sunan al-Sughra;

Khasa’is ‘Ali; Musnad ‘Ali dan al-Du‘afa’ wa al-

Matrukun bi Musnad Malik .

UMUM 

Kembali ke atas