Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rit] | ساريت

Definisi : Mn 1. susah (hidup), sulit; 2. ki miskin; 3. = sarit-sarit jarang-jarang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sarit (adjektif,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Bersinonim dengan susah
( sulit, sukar, rumit, payah, berat, pahit, rumpil, leceh, renyah, parah, genting, masyarakat, perit, rumat, gawat, sempit, teruk, seksa, pedih, azab, hajab, terhimpit, tersepit, melarat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan senang

2. Bersinonim dengan miskin
( fakir, kekurangan, papa, daif, melarat, bangsat, kedana, tidak mampu, bapet, totok, bulus, susah, rudin, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kaya

3. Bersinonim dengan sarit-sarit
( jarang-jarang, kadang-kadang, sekali-sekala, kadangkala, tekuh-tekuh, selap-selap, sesekali, ada tempohnya, )
(adverba:)
Berantonim dengan sering.



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SI LUNCAI

SI LUNCAI,  cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita jenaka Melayu.  Cerita ini disadur daripada hikayat Hindu tua, iaitu Jataka, Panca Tanderan dan Katha Sarit Sagara.  Cerita Si Luncai telah diubahsuai sehingga menjadi sebahagian warisan tradisi setempat.  Cerita ini telah sebati dengan masyarakat Melayu dan mereka menganggap watak Si Luncai sebagai manusia yang hidup di Alam Melayu.  Struktur cerita Si Luncai yang menarik dan mudah membolehkannya diceritakan oleh sesiapa sahaja dalam bentuk pertuturan seharian.

SASTERAKarya

Kembali ke atas