Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.jar] | سجاجر

Definisi : 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (ting­kat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya se­karang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.jar] | سجاجر

Definisi : 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajar (kata nama)
Bersinonim dengan bandar, deret, baris, leret, derek, nirai, jejer;,
Kata Terbitan : sejajar, menjajarkan, penjajaran, berjajaran, jajaran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOMPAS

Kompas ialah sejenis peranti yang digunakan

untuk menentukan arah. Kompas yang paling

ringkas ialah kompas yang mempunyai jarum

bermagnet yang dipasang pada paksi dan dapat

bergerak bebas menunjukkan arah. Jarumnya akan

bergerak sejajar mengikut medan magnet bumi

dan menunjuk ke arah utara magnet. Di bawah

jarum ini terdapat kad kompas yang bersenggat

sekata dengan petunjuk arah dan darjah mata

angin.

UMUM 
PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia.  Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu.  Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun.  Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya.  Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu.

BAHASAPersatuan
TANAH SUNDA

TANAH SUNDA, rantau yang terdiri daripada Pelantar Sunda dengan kawasan darat berhampiran, iaitu Semenanjung Thai-Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan pulau-pulau pelantar.  Rantau ini meliputi luas lebih 2 juta km persegi.  Takrifan ini bersifat geologi dan didasarkan kepada sejarah perkembangan geologinya yang sejajar.  Bagi pengkaji ilmu bukan geologi, Tanah Sunda adalah lebih luas lagi (dalam lingkungan 3 juta km luas) dan juga meliputi kawasan laut yang berkedalaman kurang daripada 200 m bersama pulau-pulau besar Asia Tenggara serta Semenanjung Thai-Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP

HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

SASTERAAnugerah/Hadiah
GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA

GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA, kempen bahasa yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur. Gerakan Cintailah Bahasa Kita seluruh negara ini dilancarkan dengan tujuan untuk memperkukuh kesedaran rakyat tentang peri pentingnya peranan bahasa kebangsaan dan kecekapan berbahasa kebangsaan dalam pembangunan negara, sejajar dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, ilmu pengetahuan dan pentadbiran negara.

BAHASAKegiatan

Kembali ke atas