Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bu.ran] | سمبورن

Definisi : 1. sesuatu yg terpancar (ter­pancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bu.ran] | سمبورن

Definisi : sesuatu yg memancut atau memancar ke luar; pancaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jampi: tiup, hembus, bura,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan makian, hamun, cacian, penghinaan, carut, nista, cercaan, celaan, kejian, semprotan,
Berantonim dengan pujian

Kata Terbitan : bersembur-sembur, bersemburan-semburan, menyembur, menyemburi, menyemburkan, tersembur, semburan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AEROSOL

Aerosol ialah campuran zarah dan gas yang amat

kecil. Zarah-zarah ini mungkin titisan cecair atau

cebisan kecil bahan pepejal. Zarah-zarah ini

terapung (tersebar) dalam gas. Awan dan kabus

ialah aerosol yang berlaku secara semula jadi. Tin

semburan deodoran dan semburan rambut

mengeluarkan aerosol apabila digunakan.

UMUM 
ROTENON

Rotenon ialah bahan beracun yang diambil

daripada akar tumbuhan derris dan cube. Ia sering

digunakan dalam semburan taman kerana, ia beracun

bagi haiwan berdarah sejuk, tetapi ia agak kurang

berbahaya bagi haiwan berdarah panas. Pekebun

sayur sering mennggunakan rotenon kerana racun

ini membunuh serangga tetapi tidak memudaratkan

manusia yang akan memakan sayur ini.

UMUM 
MINYAK EUKALIPTUS

Minyak eukaliptus diperoleh daripada daun

eukaliptus. Kegunaannya yang paling terkenal ialah

sebagai ubat sapu dan semburan hidung bagi

mereka yang menghidapi selesema. Minyak

diasingkan daripada daunnya melalui penyulingan

stim.

UMUM 
LIGNOKAINA

Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan

rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu.

Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat.

Lignokaina digunakan di dalam pembedahan

dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf

bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling

saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh

yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam

salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun

yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik

untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina

digunakan juga untuk merawat denyutan jantung

yang tidak normal.

UMUM 

Kembali ke atas