RUNDINGAN STRATEGI MENGEHADKAN | Rundingan Strategi Mengehadkan Senjata (Strategic Arms Limitation Talks (SALT)) ialah satu siri mesyuarat antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat, yang berlangsung antara tahun 1969 hingga tahun 1979. Kedua-dua buah negara bertemu untuk cuba mengehadkan pengeluaran dan pengedaran senjata nuklear. | UMUM | Umum |
ANTROPOLOGI | Antropologi ialah kajian saintifik tentang kemanusiaan dan kebudayaan manusia. Ahli antropologi menyelidik strategi kehidupan yang dipelajari dan dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota kumpulan sosial. Ahli sains ini mengamati ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota spesies yang sama dan perbezaan cara hidup manusia dalam persekitaran yang berbeza. Mereka turut menganalisis produk kumpulan sosial – sama ada objek berbentuk kebendaan ataupun ciptaan bukan berbentuk kebendaan, seperti kepercayaan dan nilai. | UMUM | |
DIPLOMASI | Diplomasi ialah kaedah pengendalian perundingan antara negara-negara. Kini sesetengah sarjana juga menggunakan istilah ini untuk strategi dan teknik yang digunakan oleh sesebuah negara semasa berunding | UMUM | |
KRISTIANISASI | Kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Pelbagai kaedah dan strategi yang teratur digunakan sehingga agama Kristian dapat diterima ramai. | UMUM | |
PERANG KIMIA-BIOLOGI-RADIOLOGI ( KBR) | Perang kimia-biologi-radiologi ( KBR) ialah peperangan yang dilancarkan dengan menggunakan bahan kimia, biologi, atau radioaktif. Perkembangan senjata KBR, dan pertahanan terhadap senjata-senjata ini, biasanya digolongkan bersama dalam latihan dan strategi ketenteraan. Senjata ini boleh direka bentuk untuk membunuh ramai manusia, mencederakan buat sementara, atau memusnahkan bekalan makanan. Senjata ini biasanya berkesan tanpa merosakkan harta benda. | UMUM | |
PERJANJIAN BANGKOK | PERJANJIAN BANGKOK (1909), perjanjian yang ditandatangani oleh pihak British dengan Siam. Perjanjian ini menamatkan kuasa British di negeri-negeri utara Tanah Melayu, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sejak mula lagi negeri-negeri tersebut menjadi punca pertelingkahan antara London dengan Bangkok kerana kepentingan perdagangan dan strategi British pada masa itu. Siam pula tidak lagi berkuasa penuh ke atas negeri-negeri Melayu tersebut kerana hubungan Siam dengan raja-raja Melayu hanya berasaskan sistem pembayaran ufti. Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu mulai lemah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA | MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31 Januari 1935 dengan nama The Malay Women’s Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GUGUS KONSONAN | Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya kl dalam klasik; pr dalam kata protes; skr dalam kata skru; dan str dalam kata strategi. | BAHASA | Konsep |
DARURAT | DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |