Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sarap sehelai dituilkan,
     batu sebuah digulingkan.

Bermaksud :

Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWAMMERDAM, JAN

Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar

anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan

perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil,

terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang

teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli

merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan

usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi

asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian

serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang

mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi

saraf dan otot.

UMUM 
STYRON, WILLIAM

Styron, William (1925– ) ialah penulis novel

Amerika. Walaupun latar yang dipaparkan dalam

fiksyennya berbeza, Styron lazimnya dikenali

sebagai penulis Selatan. Prosa Sytron yang

kerapkali amat berkesan dan teliti itu

memperlihatkan pengaruh penulis Selatan, iaitu

William Faulkner.

UMUM 
PERUBATAN

Perubatan . Bidang perubatan merupakan sains

dan kepakaran tentang kajian penyakit,

penyembuhan serta pencegahannya. Perubatan

boleh dianggap salah satu cabang ilmu kerana ia

berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui

kajian yang teliti dan uji kaji secara terperinci. Ia

boleh dianggap satu seni kerana ia bergantung

pada kemahiran para doktor atau sesiapa yang

terlibat dalam perkhidmatan ini dalam

menggunakan ilmu yang ada ketika merawat

pesakit.

UMUM 
STONE, EDWARD DURELL

Stone, Edward Durell (1902–1978) ialah arkitek

Amerika yang terkenal kerana hiasan konkritnya.

Bangunan-bangunan yang direka oleh Stone yang

termasyhur hampir ditutup sepenuhnya oleh

hadangan konkrit yang dibuat dengan teliti, untuk

perlindungan daripada matahari. Banyak antara

bangunan yang direka oleh Stone dibina untuk

pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di luar

Amerika Syarikat.

UMUM 
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE

Scribe, Augustin Eugéne (1791–1861), penulis

drama Perancis. Dia merupakan penulis yang

berjaya dalam bentuk drama realistik yang

dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu

bergantung pada kesan dan pada penerangan yang

teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa

yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan

datang. Drama yang baik mengandungi suatu

babak wajib pada klimaks apabila rahsianya

didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia,

watak-watak itu akan menerima ganjaran atau

denda.

UMUM 
TANGOR

Tangor ialah buah sitrus yang tergolong dalam

famili mandarin (lihat Mandarin ). Ia dihasilkan

melalui pendebungaan silang antara tangerin

dengan oren. Induk tangor jarang diketahui dengan

pasti, kecuali buahnya terhasil daripada program

pembiakan baka tumbuhan yang dikawal dengan

teliti. Tangerin Temple dan Tangerin Honey adalah

antara tangor yang paling penting ditanam pada hari

ini.

UMUM 
TERENCE

Terence (195?–159? S.M.) ialah penulis drama

komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya,

merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani.

Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan

karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan

yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran

sifat yang baik. Kesemua enam karya drama

komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan.

UMUM 
TEGANGAN PERMUKAAN

Tegangan permukaan ialah daya yang

menyebabkan permukaan cecair berkelakuan

dengan cara tertentu. Ia menyebabkan cecair

berkelakuan seolah-olah sebagai tipisan nipis, anjal

meliputi permukaannya. Misalnya, permukaan air

boleh menyokong jarum atau bilah pisau cukur jika

ia diletakkan di atasnya dengan teliti.

Tegangan permukaan juga menyebabkan cecair

naik dalam tiub halus apabila tiub ini dicelupkan ke

dalam cecair. Tindakan ini dikenali sebagai

kererambutan.

UMUM 
STRACHEY, LYTTON

Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis

biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera.

Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi –

Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria

(1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran

tentang empat orang ternama England pada zaman

Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles

Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat

Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang

ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta,

imaginasi, dan analisis psikologi.

UMUM 
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 

Kembali ke atas