GAS UNGGUL | Gas unggul ialah gas dengan sifat fiziknya mematuhi perlakuan unggul dalam hubungannya dengan tekanan, isi padu dan suhu. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
SPENSER, EDMUND | Spenser, Edmund (1552?–1599) ialah penyair Inggeris yang unggul dalam zaman Elizabeth. Sajak epiknya, <i>The Faerie Queenei>, dianggap sebuah karya agung sastera Inggeris walaupun puisi ini tidak siap sepenuhnya. Spenser hanya menyiapkan enam daripada 12 <i>buku i>(bahagian) yang dirangkakan untuk karya ini. | UMUM | |
THORNDIKE, DAME SYBIL | Thorndike, Dame Sybil (1882–1976) ialah pelakon wanita British yang unggul. Bakatnya yang serba boleh terserlah dalam persembahan komedi moden, tragedi Yunani, drama puisi, dan klasik dari beberapa buah negara. Dari tahun 1914 hingga tahun 1918, Thorndike berada di Teater Old Vic, London, melakonkan berbagai-bagai watak dalam drama Shakespeare. Semasa Perang Dunia II, dia mengunjungi beberapa buah bandar perlombongan dan perkampungan di Britain. Sybil Thorndike lahir di Gainsborough, Lincolnshire , England . Pada tahun 1961, Thorndike dilantik sebagai Komander Dame bagi Penerima Darjah Empayar British. | UMUM | |
DONNE, JOHN | Donne, John (1572–1631) ialah salah seorang penyair Inggeris paling unggul dan seorang mubaligh Kristian tahun 1600-an. | UMUM | |
MASSINE, LEONIDE | Massine, Leonide (1896–1979) ialah penari dan <I>pereka tari I>(Koreografer) Rusia yang unggul. | UMUM | |
ROSTROPOVICH, MSTISLAV LEOPOLDOVICH | Rostropovich, Mstislav Leopoldovich (1927– ) ialah pemain celo terhandal di dunia. Dia juga merupakan seorang pemimpin yang unggul. Sebagai pemain celo, dia menonjolkan emosi dan imaginasi melalui kepelbagaian ton dalam iramanya. Ramai penggubah lagu telah bekerjasama dengannya. Antaranya Sergei Prokofeiv, Dimitri Shostakovich, dan Aram Khachaturian dari Kesatuan Soviet, serta Benjamin Britten dari United Kingdom. | UMUM | |
TCHAIKOVSKY, PETER ILICH | Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah penggubah Rusia yang pertama memperoleh kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh pengorkestraan yang mempunyai bakat yang sangat unggul dalam menggabungkan bunyi instrumental dan mencapai kesan orkestra yang merangsangkan. Dia juga memiliki bakat mengarang melodi yang sangat istimewa. Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai penggubah muzik yang pada dasarnya penuh kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat menghibakan, terutama gerak terakhir dalam <i> Symphony No. 6 i> yang digubahnya. Walau bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang penuh semangat, seperti <i> Marche Slave i> dan overtur “1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni <i> Romeo dan Juliet i> ; muzik balet yang bertenaga seperti dalam <i> Nutcracker Suite i> ; dan simfoni yang berkesan. | UMUM | |
DALTON, JOHN | Dalton, John (1766–1844), ahli kimia Inggeris yang merumuskan <I>hukum tekanan separa – padaI> <I>gas I>pada tahun 1802. Hukum ini menyatakan bahawa bagi gas unggul jumlah tekanan campuran gas yang terkurung adalah sama dengan jumlah tekanan setiap gas dalam isi padu yang sama. | UMUM | |
RACINE, JEAN | Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan klasikal untuk penggubahan, termasuk penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya yang unggul adalah kesederhanaannya. Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi. | UMUM | |
DEKLARASI ASEAN | DEKLARASI ASEAN, dokumen asas yang termaktub dan unggul kepada pertubuhan ASEAN untuk mewujudkan kerjasama serantau. Deklarasi ini juga dikenal sebagai Deklarasi Bangkok, ditandatangani pada 8 Ogos 1967 oleh Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Carlos Romulo (Setiausaha Luar Filipina), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Tun Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |