Pantun

PantunSumberTema
Pohon pinang jambatan mandi, Kain ini kain kubeli; Kasih kupinang mengikat janji, Main ini main mencuri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain ini kain pelikat, Jikalau mandi dicuci jangan; Main ini main sarikat, Jikalau mati kesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Melayu mandi betangar, Betangar mari kain kesumba; Hutan kayu dapat digegar, Ikan di sungai mati dituba.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Yang disebut berkain basahan, Memakai kain di waktu mandi; Orang berebut berkawan setan, Pandai bermain menipu isteri.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak itik anak angsa, Beri mandi kolam dalam; Kain batik baju kasa, Boleh tidak jalan malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Supaya mandi tidak terlanjang, Bawalah selalu kain basahan; Supaya hati tak tercabang, Terasa ragu jangan pedulikan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas