Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : adat (aturan) yg biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : adat kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resam (kata nama)
1. Bersinonim dengan kebiasaan: kelaziman, adat, istiadat, amalan, adab, hukum, lembaga, peraturan, tradisi, upacara, prosedur, tatacara, tatasusila, tatatertib,

2. Bersinonim dengan resmi: pembawaan, sifat, tabiat, kebiasaan, perangai, kelakuan.,



Pantun

PantunSumberTema
Adat resam ada orang, Ada kendur ada tegangnya; Ada faham lembaga terang, Setara ukur dengan timbangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Ada suruh dengan tegahnya; Ada faham lembaga terang, Setara peluh dengan upahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Ada hukum dengan undangnya; Ada faham lembaga terang, Sama maklum pantang orangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Ada alur dengan patutnya; Ada faham lembaga terang, Jaga tidur sama sebutnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bergaul dengan berbaik sangka; Adat faham lembaga terang, Betul berkawan baik bersaudara.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Bergaul sopan berbaik laku; Adat faham lembaga terang, Memikul beban tiada malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas