Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat berpijak pd tangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian tangga yg dipijak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangga (kata nama)
1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,

Kata Terbitan : bertangga,

Puisi
 

Ikan sembilang di dalam raga,
     Ditiup dengan sampah jerami;
Naik membilang anak tangga,
     Turun selangkah jejak bumi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Naik turun rasanya nafas, Letih mendaki anak tangga; Adik sepantun bunga kapas, Putih suci tiada bernoda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang mati burung berjambul, Mari hinggap di anak tangga; Dilihat isteri melepas sanggul, Sanggullah kecil bersolek bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang berdedai bersepak raga, Dari pagi sentak ke petang; Abang bagaikan anak tangga, Setiap hari dipijak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ikan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah betik dalam dulang, Mari belah tepi telaga; Ayuhai encik kami nak pulang, Mari hantar di anak tangga.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak ayam terkesek-kesek, Kesek pula bawah tangga; Anak orang jangan diusik, Takut kena duit belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam si kutik-kutik, Kutik-kutik di bawah tangga; Anak orang jangan diusik, Kalau diusik bagi belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kena sumoah seranah, Jadi ikan bertutu; Rumah tangga musnah, Anak jadi kutu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Raden Galoh di pintu maling, Anak raja di tangga balai; Yang duduk mengeluh hati berpusing, Hajat ada niat tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kera masuk ke negeri, Duduk di tangga rumah lubalang; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas