Kapal belayar di laut Sunda, Hendak mencari batu permata; Surat ini karangan saya, Harap sudi tuan membaca. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tukang batu berdagang nilam, Permata elok sudah ternama; Abang tunggu siang dan malam, Adinda menyorok entah ke mana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |