Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pang.kat] | برڤڠکت

Definisi : 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pang.kat] | برڤڠکت

Definisi : 1 mempunyai darjat atau martabat: Mereka orang ~, masakan hendak bergaul dgn kita. 2 berkedudukan (dlm jawatan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,

Kata Terbitan : berpangkat,

Peribahasa

Bukit sudah menjadi busut.

Bermaksud :

Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berpangkat-pangkat batang kuini, Takik di mana abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Adik di mana abang tingglkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Patah galah di tepi pagar, Untuk menjolok durian belanda; Sudah berpangkat bergaji besar, Datang ke pejabat jangan tiada.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tumbuh betung di tepi belat, Hendak ditebang sukar diganti; Sungguh untung laki berpangkat, Banyak yang menghantar ufti.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas