Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Ayuhai tuan tumpang bertanya, Di dalam hati tidak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas