Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hujan,
     tempat berteduh;
panas,
     tempat berlindung.

Bermaksud :

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Berteduh bawah titi, Belajar baca rumi; Ibu senang hati, Restu hidup kami.Pantun Melayu SarawakKiasan
Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap.Pantun Melayu SarawakNasihat
Masuk sawah padi, Berteduh bawah titi, Elok hati budi, Ibu senang hati.Pantun Melayu SarawakKiasan
Tengah hari duduk berteduh, Penat diam menanti petang; Patahlah hati duduk mengeluh, Melihat imam mandi telanjang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tengah hari baru berteduh, Supaya tidak deman panas; Rendah hati laku senonoh, Di mana tengak beralam luas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hujan rintik-rintik, Mari berteduh di pokok sena; Jangan dipandang orang yang cantik, Orang yang miskin jangan dihina.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling bambu, Dibawa berteduh lepaslah letih; Kalau hidup saling membantu, Mana yang keruh lekaslah jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana badak takkan melolong, Hendak berteduh ditusuk duri; Bagaimana awak takkan tersinggung, Awak lumpuh diajak berlari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ambillah kayu buatlah rumah, Rumah siap dapat berteduh; Sambil berguru ingat petuah, Petuah ingat sifat senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baik urat elok batangnya, Elok batang ternpat berteduh; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas