Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Peribahasa

Seperti gajah masuk kampung.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya terhadap orang yang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(6)

388

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jangan buat kerbau tanduk panjang

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Belilah kain berenda pekat, Dapat masuk ke nikah kahwin; Hati ingin berkirim surat, Takut ditengok orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak selasar menjadi bilik, Bujang tak dapat masuk ke dalam; Sejak kudengar nyanyian adik, Terngiang-ngiang siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cepat-cepat membuat roti, Ada ubi buat penganan; Dapat biasiswa masuk universiti, Jati diri dilupa jangan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Layang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas