Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Seluar genggang baju genggang,
     Pakai anak raja seberang;
Biarlah baik mencampak lenggang,
     Kita berdagang di tempat orang.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Tempat makan jangan diberaki.

Bermaksud :

Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(49)

499

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Adat berhenti di tempat teduh, Bila tak teduh tentu berpanas; Adat mengaji taat dan sungguh, Bila tak sungguh ilmu terlepas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di tempat teduh; Jauh adat datanglah bala, Bala datang umat bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau menangguk-nangguk udang, Tangguk dibuat rapat-rapat; Kalau duduk di tempat orang, Duduklah dengan duduk bersifat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Serumpun bunga dalam pasu, Harum berputik bunga lilin; Kupohon doa kupohon restu, Embun menitik di tempat lain.Pantun Melayu SarawakKasih
Seluar genggang baju genggang, Pakai anak raja seberang; Biarlah baik mencampak lenggang, Kita berdagang di tempat orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik ke darat memotong getah, Ambil sekerat ampaian kain; Bagaimana tanah nak basah, Hujan menimpa di tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345678910...

Kembali ke atas