Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lurus hati, tulus, ikhlas: orang yg ~ tidak akan berani menikam dr belakang spt kau; kejujuran perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jujur (adjektif)
Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;,
Kata Terbitan : kejujuran,

Puisi
 

Buah nangka di tepi tebat,
     Buah duku disangka jering;
Disangka jujur hati sahabat,
     Rupanya menikam kawan seiring.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berjalan dari pintu belakang.

Bermaksud :

Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Ambillah kayu buatlah dapur, Dapur dipakai tempat memasak; Ambillah guru bersifat jujur, Jujur perangai selamat awak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tabiat Melayu pantang mengiri, Sesama umat berkata jujur; Sepakat Melayu petang dan pagi, Siapa khianat dia kan hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Api dapur buat memasak, Memasak kuah untuk tenguli; Hati jujur sifatnya bijak, Bijak lidah eloklah budi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Besar buah kerana subur, Bila masak tentu perisa; Benar petuah berkata jujur, Bila tidak tentu binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kusangka aur di tanah seberang, Rupanya tebu tumbuh di busut; Disangka jujur hati orang, Rupanya muslihat mencapai maksud.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bila lancang sudah bocor, Pasti berbahaya ke laut lepas; Apabila abang berkata jujur, Pasti menjawab ikhlas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Labu manis dibuat dibuat sayur, Rasa perisa bukan kepalang; Laku manis sifat pun jujur, Ke mana saja disegani orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas