Ular lidi di pohon binjai, Mari terlanggar gugur ke tanah; Biar sejari kain cindai, Banyak berkodi apa gunanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Untuk apa kain cindai, Supaya dapat kain baru; Untuk apa kahwin cerai, Supaya dapat kahwin baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ada satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |