Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain yg halus dan jarang tenun­annya: kelambu biasanya dibuat drpd kain ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sj kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain kasa berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda di negeri Keling;
Hati berdebar rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kain kasah di atas duri.

Bermaksud :

Dalam sikratulmaut. kasah (kasa) = kain putih yang halus.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Pakai baju kain kasa, Kain dibeli dari pekan; Jangan lekas berputus asa, Ulat batu lagikan makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagi-pagi sudah membasuh, Basuh baju kain kasa; Lagi kecil dididik diasuh, Besar nanti berbuat jasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa.Pantun Melayu SarawakKasih
Kami hendak pergi mengail, Tutup rumah kain kasa; Tsunami ibarat kiamat kecil, Cukup sudah seksa dirasa.Pantun Melayu SarawakAgama
Jika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jahit kain kasa berbunga, Lebih kain buat selendang; Jika begini rasa-rasanya, Akhir kampung menjadi padang.Pantun Melayu SarawakKasih
Ada setempat dalam padi, Kain kasa dalam taman; Tak ralat dalam hati, Kain basuh sambutlah tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik anak angsa, Beri mandi kolam dalam; Kain batik baju kasa, Boleh tidak jalan malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas