Pantun

PantunSumberTema
Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kain pelikat raginya dua, Disandang orang pergi mengail; Awang bangsat hati penghiba, Di tanah Kelang nan kekal.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat dari Jawa, Mari dijahit benang sutera; Sudah berikat kita berdua, Sabarlah dulu menanti masa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat belah dua, Mari pakai Raja Zahari; Adik dekat janda ada, Yang mana hendak dicari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Si kain pelikat Raja Pangeran, Tuang serbat di dalam takar; Sangat ajaib kerja yang hairan, Hujan lebat rumah terbakar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas