Kain sarung pakaian pemuda, Pergi mengaji di waktu pagi; Jangan diikut perangai Belanda, Diberi satu minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang tua suka berkain, Bawakan kain sarung untuknya; Orang buta dibawa bermain, Salah main hidung dicucuknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Cantik memakai baju kurung, Pakai tudung kain sarung; Asyik mengenang nasib untung, Diri terkurung umpama burung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang disebut berkain sarung, Kain disarung pengganti celana; Malangnya ikut pemimpin serong, Mainnya serong hati ke betina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pisang awak jatuh berlerai, Jatuh sebiji ke sarung kain; Patut tuan hendak bercerai, Sudah berjanji dengan yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |