Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup­hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luar.ga] | کلوارݢ

Definisi : 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan merendam telur,
     Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah masyhur,
     Jangan lupa keluarga yang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pisang masak separak.

Bermaksud :

Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Pantun

PantunSumberTema
Sifat keluarga berkasih sayang, Hidup bersama selalu rukun; Adat dijaga budi terbilang, Hidup ternama laju penyantun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Sama serumah tolong-menolong; Adat dijaga budi terbilang, Petua amanah sama dijunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Anak-beranak sama muafakat; Adat dijaga budi terbilang, Rezeki banyak beroleh rahmat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Laki setia bini pun taat; Adat dijaga budi terbilang, Hati mulia terpuji tabiat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Seia sekata sebarang kerja; Adat dijaga budi terbilang, Silang sengketa hilang semua.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Rukun dan damai berumah tangga; Adat dijaga budi terbilang, Santun perangai tua dan muda.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Angin bertiup lautan bergelombang, Di tengah lautan kapal berlabuh; Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Doakan sakit segera sembuh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Jalur Gemilang mengah berkibar, Kereta dipakai belum disedia; Sebagai isteri banyak bersabar, Pelita hidup keluarga bahagia.Pantun Melayu SarawakKasih
Ekonomi Negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas