Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ta] | کيت

Definisi : 1 saya dan kamu semua: Mari ~ pergi berkelah. 2 saya; aku: Sudah lama juga ~ menunggu awak di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Jangan naik kereta kuda,
     Marilah kita berjalan kaki;
Jangan kita main cinta,
     Nanti kita makan hati.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Orang berbudi kita berbahasa,
     orang memberi kita merasa.

Bermaksud :

Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(78)

624

United we stand, devided we fall

Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*

''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party.

''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(159)

Pantun

PantunSumberTema
Bulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Galah kecil kita tampunkan, Galah besar kita layangkan; Salah kecil kita ampunkan, Salah besar kita terimakan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang pompat kita bilas, Yang sokol kita curah; Yang kesat kita empelas, Yang berbongkol kita tarah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kita tidak mencari cendawan, Kalau diindang kita tampikan; Kita tidak mencari lawan, Kalau datang kita nantikan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Galah besar bergalah kecil, Galah kecil kita lapisi; Salah besar kita lapisi, Salah kecil kita habisi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak mandi kita di sana, Boleh kita mandi di tebat; Kalau tak jadi kita di dunia, Akan menjadi di akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Naik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas