Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp saya serta sahabat-sahabat saya dll (tidak termasuk orang yg dilawan bercakap), kami: boleh engkau menulis Quran nanti ~ orang beli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Bulan Ramadan bulan puasa,
     Awal Syawal beraya kita;
Kita baru berkenal biasa,
     Berdondang sayang bermesra kita.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(52)

499

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(98)

Pantun

PantunSumberTema
Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Apabila bertanak tidak masak, Jangan tengarang kita pecahkan; Apabila beranak tidak berakhlak, Janganlah orang kita salahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Jangan memalu-malu parang, Parang dipalu tidak diasah; Jangan suka memalukan orang, Orang malu kita pun susah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Duduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biarlah orang memancung kepala, Kita memancung biji mudanya; Biarlah orang menyanjung rupa, Kita menyanjung isi dadanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah orang menakuk tangga, Kita selalu bertangga naik; Biarlah orang berburuk sangka, Kita selalu bersangka baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910

Kembali ke atas