Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Puisi
 

Mastika di Tanjung Tuan,
     Pakai anak bidadari;
Gunung tinggi kuasa Tuhan,
     Duri di hutan tajam sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(5)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Biarlah orang membakar rusa, Rusa itu banyak tanduknya; Biarlah orang mengejar kuasa, Kuasa itu banyak buruknya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rusa ditembak lukanya berat, Berpilin kaki sakit merana; Kuasa terletak pada nan kuat. Pemimpin berdiri pada bijaksana.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Mastika di Tanjung Tuan, Pakai anak bidadari; Gunung tinggi kuasa Tuhan, Duri di hutan tajam sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Biarlah orang menebuk gangsa, Kita menebuk sirih loyang; Biarlah orang mabuk kuasa, Kita mabuk kan kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Ada pisau diasah tajam, Untuk membuat jaring ketam; Amerika itu sangatlah kejam, Kuasa diguna untuk mencengkam.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Selama kera masuk ke desa, Banyaklah babi mati terjerat; Selama raja mabuk kuasa, Banyaklah menteri jadi penjilat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas