Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Apa dijeruk belimbin, asam belimbin, Kurang masin garam, tambahkan garam; Apa dijenguk dindin, di luar dindin, Kalau sudi ke dalam, masuk ke dalam.Pantun Melayu SarawakBergendang
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sejak selasar menjadi bilik, Bujang tak dapat masuk ke dalam; Sejak kudengar nyanyian adik, Terngiang-ngiang siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putik nangka bertupa-tupa, Burung belatuk terbang meranting; Abang bawa balik bunga cempaka, Bawa masuk ke dalam gading.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taji ayam besi bertuah, Bawa masuk ke tengah gelanggang; Hati di dalam bagaikan pecah, Dinda merajuk ke negeri orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas