Api dapur buat memasak, Memasak kuah untuk tenguli; Hati jujur sifatnya bijak, Bijak lidah eloklah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Niat hati memasak sayur, Sayang segan menggiling lada; Hajat hati hendak menegur, Sayang tuan berpaling muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Daik memasak periuk, Bawa pergi tanah seberang; Budi baik kelaku elok, Ke mana jatuh disayang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Sayang Cik Tapang memasak harum, Dimakan orang kampung Seladak; Sudah terpandang tuan tersenyum, Seribu ringgit saya kehendak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun menggulai tidak bisa, Memasak pindang tentulah jadi; Walaupun bercerai talak tiga, Banyaklah kenangan dibawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Asap api dari penanggah, Tempat memasak nasi gulai; Tiap hari hati gelisah, Surat kukirim tidak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Siapa ingat menghidupkan api, Tentulah mudah memasak sayur; Siapa ingat hidup kan mati, Tentulah dia banyak bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa ingat menghidupkan api, Tidakkan payah memasak bekal; Siapa ingat hidup kan mati, Sejak mudanya banyak beramal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |