| Adat memberi pantang mengeji, Adat meminta pantang memaksa; Adat berbudi pantang mendengki, Adat berbahasa pantang mengata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau selalu pergi ke ladang, Tentulah banyak mendapat padi; Kalau selalu mengeji orang, Tentulah banyak umat membenci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Ayam denak terbang tinggi, Pial besar suaranya lantang; Dalam kemak orang mengeji, Bawa bersabar supaya tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bila mencelup kain pelekat, Kurang elok diulang lagi; Bila hidup mempermainkan adat, Sebarang duduk orang mengeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |