Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawa­san paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1 kawasan tanah bencah yg digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan; rawa. 2 kawasan tanah bencah yg ditanami padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paya (kata nama)
Bersinonim dengan rawa, rawang, redang, bencah, lopak, kubang.,

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Paya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh betung di tepi paya, Tepi bersemak paya pun luas; Sungguh untung berlaki kaya, Bini banyak selera pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Jika puan pergi ke paya, Jangan ke paya dengan Cik Siti; Jika tuan kurang percaya, Saya rasa berkecil hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam paya asam gelugur, Ketiga dengan buah kundur; Apa daya sudah terlanjur, Nasi sudah menjadi bubur.Pantun Melayu SarawakNasib
Air paya rasanya masam, Walaupun masam dapat diminum; Hatiku luka menahan dendam, Dendam berani berbalas belum.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Asam paya buahnya kisip, Mari dijual di Batu Pahat; Badan saya tidak bernasib, Diberi baik hendaknya jahat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas