Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Permata zamrud berikan kami, Hadiah suami kepada isteri; Cintaku ibarat rumput di bumi, walau dipijak tetap menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Inginkan hidup permata nilam, Jatuh tersorok batang entimu; Tuan rindu pandang ke bulan, Di dalam bulan kita bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pakai gelang tujuh permata, Dihias dengan kembang puspa; Saya pulang membawa cinta, Ada umur kita berjumpa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sarung keris bertatah permata, Seni budaya orng sunglap; Orang berilmu ibarat pelita, Tetap bercahaya dalam gelap. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |