Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tih] | ڤوتيه

Definisi : I 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci; ~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning (bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a) mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut; ~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~ hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh; berputih; ~ mata prb berhiba hati menang­gung rindu (spt seorang muda melihat tunang­nya diambil orang); memutih 1. menjadi putih, nampak putih­putih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu; memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu): kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap; memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah; menghitamkan dan ~ ki menentukan, mem­buat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati; keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih); keputih-putihan agak putih, kelihatan putih; pemutihan 1. perihal (proses atau perbuat­an) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900 000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.tih] | ڤوتيه

Definisi : Pr nama timang-timangan utk anak lelaki dan perempuan yg keenam atau ketujuh, teh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.tih] | ڤوتيه

Definisi : sj ikan darat, tebal sisik, Puntius binotatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.tih] | ڤوتيه

Definisi : 1 warna yg paling cerah spt warna kapas. 2 ki bersih; suci. ~ bersih putih sekali dan bersih. ~ hati baik hati; jujur. ~ kuning kuning muda spt warna gading (bkn warna kulit yg cantik). ~ mata a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. ~ melepak putih benar; putih sekali (bkn warna kulit dll). ~ pucat warna putih yg tidak menarik. ~ telur bahagian isi telur yg berwarna putih; albumin. ~ tulang meninggal dunia; mati. memutih menjadi putih: Rambutnya sudah mula ~. memutihi menjadikan berwarna putih: Ubannya yg kian banyak ~ kepalanya. memutihkan membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. keputihan 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan, yg menyebabkan berasa gatal). keputih-putihan kelihatan putih; agak putih warnanya. pemutihan proses atau perbuatan menjadikan berwarna putih. pemutih bahan, krim dsb yg memutihkan: krim ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Kain putih disesah putih,
     Tengah bersesah sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Tengah kasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Hitam dikatakan putih,
     putih dikatakan hitam.

Bermaksud :

Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.

 

Lihat selanjutnya...(47)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Baju putih seluar putih, Bawa pergi sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Bagai budak tidak semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Tengah membasuh sabunnya hilang; Aku kasih ia pun kasih, Tengah berkasih ianya melayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung putih terbang melayang, Rasa nak tangguk rasa tidak; Sudah boleh berkasih sayang, Rasa nak masuk rasanya tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buih putih di air terjun, Dara jelita menangguk ikan; Biar pun kuih bercampur racun, Kerana cinta sanggup dimakan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas