Sejak beruk rajin berdoa, Gagak pun rajin memakai kain; Sejak datuk kahwin muda, Banyaklah datin terburai kain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengapa orang rajin berkayuh, Supaya segera tiba di seberang; Mengapa bintang semakin jauh, Putihlah mata hamba memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam asam raba, Ambil buah pedada, Jika rajin mencuba, Peluang pasti ada. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalaulah mahu berjaja kain, Bila rugi pantang meradang; Kalaulah mahu bekerja rajin, Ke mana pergi disayangi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup berkain baju, Mudahlah masuk ke helat orang; Kalaulah hidup rajin membantu, Di mana pun duduk sahabat datang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tanah liat dibuat jubin, Buluh muda dibuat bingkai; Belajar dengan tekun dan rajin, Harapan ibu jangan diabai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sejak betik berdaun rendang, Orang pun ingin bertanam jagung; Sejdik adik turun ke ladang, Abang pun rajin menggetah burung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |