Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Laut dan darat sama dipakai; Adat faham lembaga terang, Patut sifat mulia perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Besar dan kecil dikandungnya; Adat faham lembaga terang, Benar dan adil jadi payungnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Bergaul dengan berbaik sangka; Adat faham lembaga terang, Betul berkawan baik bersaudara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Bergaul sopan berbaik laku; Adat faham lembaga terang, Memikul beban tiada malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Bersopan santun sesama umat; Adat faham pusaka terang, Kawan dituntun saudara diingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Bergaul tidak membilang suku; Adat faham pusaka terang, Betul tegak terbilang laku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |