Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Telur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas