Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (ke­adaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal ke­ja­hatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg di­pe­r­buat spt galah dan diruncingkan hujung­nya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mem­pertajam atau mem­perhalus (semangat, pen­dengaran, dll): dan diperuncingnya pen­dengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. ke­gen­tingan (keadaan, perselisihan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1 makin ke hujung makin kecil dan tajam; lancip ke hujung: Pensel ini ~. Jarinya ~. 2 ki genting atau memuncak (bkn keadaan, perselisihan dll): Perselisihan antara kedua-dua negara itu bertambah ~. meruncing 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). meruncingkan 1 membuat supaya runcing. 2 menyebabkan genting atau tegang (bkn keadaan, suasana dll). memperuncing menjadikan lebih runcing. keruncingan 1 keadaan atau sifat runcing. 2 keadaan atau hal genting; kegentingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,

Peribahasa

Runcing tanduk bangkah kening.

Bermaksud :

Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Badak bukan sebarang badak, Badak bercula hujungnya runcing; Palakku bukan sebarang palak, Palak kerana abang berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang berburu ke padang datar, Dapat rusa bertanduk runcing; Sedang berguru orang melamar, Lambat nikah perutlah bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas